Kabel Twisted Pair
Kabel Pasangan Berpiuh
Kabel Twisted Pair ialah jenis kabel rangkaian yang paling banyak digunakan dalam sistem rangkaian komputer masa kini, terutamanya dalam Local Area Network (LAN). Kabel ini dinamakan “twisted pair” kerana wayar di dalamnya dipintal secara berpasangan untuk mengurangkan gangguan isyarat.
Terdapat dua jenis utama kabel twisted pair, iaitu:
- UTP (Unshielded Twisted Pair)
- STP (Shielded Twisted Pair)

Struktur Asas Kabel UTP
Kabel UTP terdiri daripada:
- 8 wayar tembaga
- Wayar tersebut dipintal menjadi 4 pasangan (pair)
- Setiap pasangan mempunyai warna dan jalur tertentu untuk memudahkan penyusunan
Pemintalan wayar ini membantu:
Mengelakkan gangguan antara pasangan wayar (crosstalk)
Mengurangkan gangguan elektromagnet (EMI)

Susunan Sambungan Kabel
boleh disambung dengan cara yang berbeza bergantung kepada jenis peranti yang ingin dihubungkan. Sambungan ini ditentukan oleh susunan warna wayar pada kedua-dua hujung kabel dan memainkan peranan penting dalam memastikan komunikasi rangkaian berfungsi dengan betul.
Secara asasnya, terdapat dua jenis sambungan utama kabel UTP, iaitu:
- Cross Cable
- Straight Cable
Fungsi Kabel UTP
Antara fungsi utama kabel UTP ialah:
- Menyokong komunikasi data berkelajuan tinggi
- Menghantar data dalam rangkaian komputer
- Menyambungkan peranti seperti komputer, switch, router dan access point
1. Straight Cable (Straight-Through Cable)
Straight Cable ialah sambungan kabel UTP yang menggunakan susunan warna yang sama pada kedua-dua hujung kabel, sama ada:
- T568A – T568A
atau - T568B – T568B
Kegunaan Straight Cable:
Straight cable digunakan untuk menyambungkan peranti yang berlainan jenis, contohnya:
- Komputer ➝ Switch
- Komputer ➝ Hub
- Router ➝ Switch
Ciri-ciri Straight Cable:
- Mudah dibuat
- Paling kerap digunakan dalam rangkaian LAN
- Sesuai untuk sambungan harian di makmal atau pejabat
Susunan bagi Kabel Straight

2. Cross Cable (Crossover Cable)
Cross Cable ialah sambungan kabel UTP yang menggunakan susunan warna yang berbeza pada setiap hujung kabel, iaitu:
- Satu hujung menggunakan T568A
- Satu hujung lagi menggunakan T568B
Susunan ini menyebabkan beberapa wayar “bersilang” (cross), membolehkan data dihantar dan diterima secara terus antara peranti.
Kegunaan Cross Cable:
Cross cable digunakan untuk menyambungkan peranti yang sama jenis, contohnya:
- Komputer ➝ Komputer
- Switch ➝ Switch
- Hub ➝ Hub
Ciri-ciri Cross Cable:
- Kurang digunakan dalam rangkaian moden
- Digunakan apabila tiada peranti perantara
- Memerlukan susunan warna yang tepat
Susunan Bagi Kabel Cross

