Pengenalan Kabel Coaxial

Kabel Coaxial ialah sejenis kabel rangkaian yang digunakan untuk menghantar isyarat data dalam bentuk elektrik. Kabel ini dinamakan “coaxial” kerana ia mempunyai dua konduktor yang berkongsi paksi yang sama, iaitu wayar di bahagian tengah dan lapisan pelindung di sekelilingnya.

Kabel Coaxial pernah digunakan secara meluas dalam rangkaian komputer lama dan masih digunakan hari ini dalam sistem seperti televisyen kabel, CCTV, dan rangkaian broadband

Struktur Kabel Coaxial

  • Biasanya diperbuat daripada wayar tembaga pepejal (solid copper) atau aloi tembaga bersalut
  • Membawa isyarat elektrik/data

Penebat Dalaman (Dielectric Insulator)

  • Bahan buih plastik (foam polyethylene)
  • Menjarakkan konduktor tengah daripada pelindung seterusnya
  • Menyokong prestasi isyarat dengan mengekalkan impedans yang konsisten

Lapisan Pelindung / Shielding (Pertama)

  • Foil aluminium
  • Mengurangkan gangguan elektromagnet luar

Lapisan Pelindung / Shielding (Kedua)

  • Anyaman dawai logam (braid) yang tebal
  • Memberi perlindungan tambahan terhadap gangguan
  • Meningkatkan kebolehan kabel menahan interferens

Selubung Luar (Outer Jacket)

Plastik luar yang melindungi kabel daripada kerosakan fizikal dan cuaca

Fungsi Kabel Coaxial

Antara fungsi utama kabel Coaxial ialah:

  • Menyokong penghantaran data yang lebih stabil
  • Menghantar data dan isyarat video pada jarak yang lebih jauh
  • Mengurangkan gangguan isyarat berbanding kabel biasa
Scroll to Top